Buah delima memang terkenal dengan khasiat yang sangat baik untuk tubuh kita. Tambahan pula bagi ibu hamil, amalkan makan sebiji buah delima yang masak setiap hari. InsyahAllah, mata bayi anda akan bersinar dan bercahaya.
 
 
Khasiat Buah delima untuk Ibu Hamil
Buah delima  melindungi otak bayi semasa kelahiran. Malah dengan hanya minum jus buah delima sewaktu kehamilan, ini dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.
 
 
Jus buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas. Bagi ibu yang hamil, buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.
 
 
Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.
 
 
Tip Memilih Buah Delima
Ketika membeli buah delima, pilih buah delima yang berat dan kulitnyer bersih dan kulit  tidak merekah-rekah. Buah Delima boleh tahan selama 6 bulan jika disimpan dalam peti ais.
 
Kredit untuk Majalah Mingguan Wanita

Admin Beauty4life