Friday 31 May 2013

Ini Lah Nasib Kaum Wanita


 
 
Adakah perempuan yang cantik secara fizikal lebih bahagia dan gembira berbanding dengan wanita yang tidak cantik ?

Sebuah kajian dijalankan 25,000 orang di Kanada, Amerika Syarikat, Jerman dan Britain mendapati wanita cantik didapati lebi...h gembira dan bahagia berbanding dengan wanita yang tidak cantik.

Kajian mendapati 15% wanita yang dikategorikan di tahap teratas kecantikan adalah 10% lebih bahagia berbanding dengan 10% wanita yang berada di level bawah kecantikan.

Sebab kegembiraan dan kebahagiaan ini adalah disebabkan oleh pelbagai faktor, antara yang utama adalah
■Wanita cantik lebih mudah menjadi kaya
■Wanita cantik lebih mudah mendapat pasangan yang kaya
■Wanita cantik lebih mudah mendapat pasangan dari status yang lebih tinggi

Wanita cantik lebih mudah mendapat sebarang pertolongan

Bagi perempuan yang cantik, tidak memerlukan usaha yang banyak untuk mendapat perhatian orang ramai. Namun perkara ini berbeza bagi orang lelaki. Bagi lelaki faktor kecantikan tidak ...sekuat kesannya seperti pada perempuan.

Lelaki lebih dilihat dari segi kebijaksanaan, kepimpinan, kebersihan, sifat lawak-jenaka, pemakaian, ketinggian dan bentuk fizikal.

Jadi perempuan perlu sentiasa kelihatan cantik untuk menjadi lebih bahagian dan gembira.

Sumber : University of Texas

terima kasih




No comments:

Post a Comment