Buah delima memang terkenal dengan khasiat yang sangat baik untuk tubuh
kita. Tambahan pula bagi ibu hamil, amalkan makan sebiji buah delima
yang masak setiap hari. InsyahAllah, mata bayi anda akan bersinar dan
bercahaya.
Khasiat Buah delima untuk Ibu Hamil
Buah delima melindungi otak bayi semasa kelahiran. Malah dengan hanya
minum jus buah delima sewaktu kehamilan, ini dapat membantu melindungi
otak bayi yang baru lahir.
Jus buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas. Bagi ibu
yang hamil, buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana kaya
dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan
tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan
langit-langit bibir sumbing pada bayi.
Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.
Tip Memilih Buah Delima
Ketika membeli buah delima, pilih buah delima yang berat dan kulitnyer
bersih dan kulit tidak merekah-rekah. Buah Delima boleh tahan selama 6
bulan jika disimpan dalam peti ais.
Kredit untuk Majalah Mingguan Wanita
Admin Beauty4life
No comments:
Post a Comment